BIOGRAPHY

Ustadz Muhammad Hasan Bin Muhammad Jonit

Kelahiran : Malaka, Tahun 1921
Meninggal : Selangor, 26 Desember 2004
Pasangan : Jariah
Anak : 4 Orang
Alamat : No. 14, Jalan 6/5, Taman Tasik Tambahan, 68000 Ampang, Selangor.

Muhammad Hasan bin Muhammad Jonit adalah Wakil Mewakili Guru Agama dalam Amalan Tauhid didalam bahagian Ilmu Syariat, Tarekat, Hakikat, Makrifat. Muhammad Hasan seorang yang berkebangsaan Melayu Bugis (Makasar) yang wafat di usia 83 tahun.

Beliau semasa hidupnya dari muda sudah gemar mencari dan belajar ilmu agama. Sempat berguru dengan beberapa Ustadz, Buya bahkan Syekh di 4 negara seperti Perak, Klantan sampai ke tanah Siam Thailand dan termasuk ke beberapa daerah di Indonesia dan Singapore.

Ilmu yang beliau cari utamanya adalah tentang perbuatan amalan Tauhid atau penyembahan dalam sembahyang sebenarnya mengikut Al Quran dan Hadist. Tapi sayang pada waktu itu, usaha beliau belum lagi menemui titik terang. Selama mencari ilmu agama yang sah dan benar, beliau tidak pernah putus asa karena keyakinannya dengan satu ayat Al Quran Surat Al Insyiqaq ayat 6:

يٰٓاَيُّهَا الْاِنْسَانُ اِنَّكَ كَادِحٌ اِلٰى رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلٰقِيْهِۚ

"Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemui-Nya."

Dan keyakinan yang tinggi diatas setiap ayat yang dia baca dalam Al Quran tentang petunjuk yang Allah janjikan bagi orang yang sebenar mencari dan memohon kepada-Nya.

Pada tahun 1960 Muhammad Hasan masuk Singapore dan berjumpa dengan seorang guru besar pada zaman itu yakni Tok Ghani dan beliau adalah guru hakikat asal Pulau Penyengat - Bintan.

Tiga tahun belajar dengan Tok Ghani, tapi guru beliau meninggal dunia sementara pengetahuan ilmu agama yang dipelajari belum lagi sampai pada perbuatan yang sebenarnya.

Tahun 1963 beliau memutuskan Kembali ke Malaka, disana Muhammad Hasan tidak putus memohon do'a selepas sembahyang dengan bantuan sang ibu yang diminta untuk aminkan do'a nya yang berbunyi: “Ya Allah, Inilah saja ilmu yang aku dapat dan akan aku amalkan, sudah puas aku mencari kesana kemari. Kalau seandainya ini tersalah, janganlah Engkau tuntut aku dibelakang hari".

Atas usaha, pengorbanan dan do'a nya inilah, Allah Ta'ala menepati janjinya seperti dalam Surat Al Baqaroh ayat 142 yang artinya "Milik Allah lah timur dan barat, Dia yang memberi petunjuk kepada siapa yang dia kehendaki ke jalan yang lurus".

Tahun 1964, beliau kembali masuk negeri Singapore dan disanalah mulai dapat petunjuk dari Allah SWT berupa perkataan Ilham Roh Muthma'innah sebagaimana dalam Al Quran Surat Al Fajar ayat 27 & 28:

يٰٓاَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَىِٕنَّةُۙ

"Wahai jiwa yang tenang"

ۚ ارْجِعِيْٓ اِلٰى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً

"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang rida dan diridai-Nya."

Ayat-ayat yang Beliau terima bukan untuk menggantikan Al Quran yang sudah turun pada umat Islam. Tetapi untuk menerangkan perbuatannya sejalan dengan Al Quran dan Hadist Nabi.

Perkataan ilham yang beliau dapat turun sedikit demi sedikit yang ditulis dan dibukukan dalam 24 kitab.

Setelah beliau meninggal dunia, petunjuk dan ilmu ini belum lagi putus tetap bertali sampai kepada murid beliau yaitu Penerus perjuangan agama Almarhum Sheikh Muhammad Rahman As Sufi Al Abror bin Kamari dan sampai sekarang sudah ada lebih kurang 1000 pengikut yang belajar dengan beliau yang berada di 4 negara yaitu Indonesia, Singapore, Malaysia dan Cambodia.